Cara Mudah Dan Murah Dapatkan Laporan CCRIS Hanya Dari Rumah!

 On Tuesday, August 15, 2017  

Cara Mudah Dan Murah Dapatkan Laporan CCRIS Hanya Dari Rumah!

Cara Mudah Dan Murah Dapatkan Laporan CCRIS Hanya Dari Rumah!

Oleh : Harith Faisal

CARA MUDAH DAN MURAH DAPATKAN LAPORAN CCRIS DARI RUMAH. SHARE!
CTOS: RM26.50 (termasuk GST)
CBM: RM10.60 (termasuk GST)
RAMCI: RM10.00 (termasuk GST)
BNM: Percuma (walk in)


Bukan RM26.50!

Bukan RM10.60!

Laporan CCRIS ni akan bagitau tahap kesihatan kewangan kau. Kewangan yang baik, rekodnya semua nombor 0, 0, 0, 0, 0. Maksudnya, kau takda apa-apa tunggakan. Semua bayar cantik.

Kewangan yang tak baik nombornya macam-macam. Ada 1, 2, 3, 4. Nombor 96 pun boleh jadi. Nombor 1 kat item Car Loan, maknanya kau sebulan tak bayar hutang kereta.

Kalau bulan ni kau ada nombor 3 kat CCRIS. Tiba-tiba kau dapat hidayah lalu insaf. Kau mula bayar cantik. Kau perlukan 12 bulan agar nombor 3 tu hilang daripada CCRIS kau.

Iya. Laporan CCRIS hanya akan tunjukkan rekod bayaran hutang bulanan kau selama 12 bulan terkini saja. Jadi, jangan risau. Masih ada peluang untuk kau perbaikinya.

Hutang apa masuk dalam CCRIS?

1. Pembiayaan peribadi
2. Pembiayaan beli kereta
3. Pembiayaan beli rumah
4. Kad kredit
5. PTPTN

Biasanya hutang atau pembiayaan yang kau ambil daripada bank dan institusi kewangan kecuali yang PTPTN tu lah. PTPTN bukan bawah bank. Tapi ada juga dalam CCRIS.

Kalau kau nak beli rumah, sebaiknya, semak dulu CCRIS 6 bulan sebelum tu. Jadi, kau ada masa nak cantikkan laporan CCRIS. Kalau tak, bank memang tak pandang muka kau.

Selain tengok sama ada kau ni bayar hutang cantik ke tak, dalam laporan CCRIS ni juga kau boleh semak balik berapa amaun yang kau pinjam dan berapa baki hutang belum langsai.

Macam-macam lagi kau boleh tengok dalam laporan CCRIS tu. Kau pernah tengok rekod CCRIS kau sendiri? Tak pernah? Entah-entah ada banyak nombor selain kosong. Haha!

Kau kena semak laporan CCRIS ni. Sebab kalau kau terkurang bayar RM1 pun, dikira tertunggak sebulan. Hari ni saya nak tunjuk cara dapatkan laporan CCRIS dengan mudah dan murah.

Tak payah nak peluh ketiak pergi Bank Negara. Tak payah bayar tol, tak payah bayar petrol, tak payah bayar parking, tak payah naik LRT atau KTM. Hanya gerakkan jari jemari saja.

Tak mahal pun.

Bukan RM26.50!

Bukan RM10.60!

Habis tu, berapa? Dah macam online seller pulak rasanya. Mesti menyirap buyer kalau dapat seller jenis macam ni. Haha! Kau baca je info kat gambar tu semua sampai habis. - HF

Saya suka pakai yang RAMCI My Credit Info ni.


Masuk link ni,

http://ift.tt/2vkyZyd

Kau klik "Sign Up" tu.

Nota: Username adalah IC kau. RAMCI akan bagitau kat emel kau nanti.

Kau isi borang tu dengan excited!


 Ini sambungannya.
Kau kena Request OTP tu dulu. Dia akan bagi kod rahsia kat fon kau melalui SMS. Kau masukkan kod rahsia tu kat "OTP Code".

Klik "Create an account".
Kemudian kau kena jawab Security Questions ni. Kau jangan menipu pula. Nanti tak pasal-pasal tak dapat nak sign up.
 

Ini sambungannya. Lepas siap, klik "Submit". Itu pun nak kena ajar, kan.

 
Tahniah, sekarang kau dah boleh dapatkan rekod CCRIS kau. Kau klik "Buy Now". 


RM10 je tau. Kalau kau ambil laporan CCRIS Walk in kat Bank Negara, kau kena fikir pasal parking lagi, tol lagi, petrol lagi, tak pun tambang LRT dan KTM. Belum kira peluh yang menitik keluar lagi wei.

Ni dengan RM10 je, kau boleh dapat bukan sekadar laporan CCRIS biasa yang sehelai tu, malah lebih lagi. Dan yang paling penting, boleh buat sendiri walau kat mana kau berada sekarang. Semua di hujung jari.

Pakai fon boleh, pakai laptop boleh. Tak payah print-print. Tak payah scan-scan dokumen. Yang penting, kena ada internet. Ala, tak luak pun data plan internet kau yang kau langgan RM38 sebulan dapat 5GB tu. Haha!

Klik "Proceed With Payment" dengan menggunakan ibu jari tangan kau.


Pilih "Payment option". Saya pilih guna Maybank. Senang. Kemudian, klik "Proceed".   

Kau akan dibawa ke alam Maybank2u macam ni. 
 
Jangan risau, memang macam ni rupa dia. Kau masukkan Username, kemudian Password dan buatlah macam biasa kau transfer duit pakai Maybank2u. Malas saya nak tunjuk semua. Haha!

RAMCI akan bagi Invois Payment kat email kau. Dan dia juga akan minta kau buat pengesahan. Jadi, kau kena bagi gambar kad pengenalan depan dan belakang dan juga dokumen sokongan macam lesen memandu ataupun penyata EPF.

Dalam masa tak sampai sejam, RAMCI akan emelkan kat kau laporan CCRIS kau. Sebenarnya bukan setakat laporan CCRIS, tapi kau akan dapat markah kredit juga. Dapatlah kau tau yang kau ni pelajar cemerlang ke corot.

Haha!

Nak tengok contoh laporan CCRIS daripada RAMCI? Tengok kat bawah ni ha. 



Ulang siar entri Cara Mudah Dan Murah Dapatkan Laporan CCRIS Hanya Dari Rumah! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Cara Mudah Dan Murah Dapatkan Laporan CCRIS Hanya Dari Rumah! 4.5 5 Unknown Tuesday, August 15, 2017 Cara Mudah Dan Murah Dapatkan Laporan CCRIS Hanya Dari Rumah! Oleh : Harith Faisal CARA MUDAH DAN MURAH DAPATKAN LAPORAN CCRIS DARI RU...


No comments:

Post a Comment