Cikgu Pukul Dan Lempang Anak Saya Sesuka Hati Luah Bapa..

 On Tuesday, August 15, 2017  

Cikgu Pukul Dan Lempang Anak Saya Sesuka Hati Luah Bapa..

Cikgu Pukul Dan Lempang Anak Saya Sesuka Hati Luah Bapa..

Seorang bapa merayu pihak berkaitan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anaknya yang didakwa kerap dibuli oleh guru sekolahnya. 

Bapa, Abdul Halim Mohamed, 49, berkata anaknya yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) itu trauma dan takut pergi sekolah kerana sering dipukul tanpa sebab oleh guru kelasnya. 

Dia mendakwa guru lelaki berkenaan kerap mengetuk kepala dan menampar pipi anaknya itu walaupun anaknya tidak melakukan sebarang kesalahan. Menurutnya, bukan anaknya sahaja dibuli, bahkan hampir semua murid dalam kelas itu selalu dipukul, tetapi segelintir murid takut mengadu kepada ibu bapa mereka. 

Pada mulanya anak saya mengadu kerap dipukul guru kelasnya, saya menganggap itu perkara biasa dan mungkin dia ada buat salah, atau tidak membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru. 

Gambar - Sinar Harian
Tetapi apabila setiap hari anak saya mengadu benda yang sama, saya yakin ada yang tidak kena dengan guru berkenaan. 

Bagi mendapatkan penjelasan daripada guru itu, saya pergi ke sekolah tersebut dan berjumpa dengan guru besarnya, dan meminta untuk bersemuka dengan guru berkenaan, tetapi guru itu tidak hadir pada hari yang ditetapkan untuk berjumpa dengan saya, ujar Abdul Halim. 

Dia percaya kes itu tidak akan selesai selagi dia dan guru besar tidak bersemuka dengan guru tersebut. Saya hanya mahu tahu mengapa cikgu itu suka menggunakan fizikal dan emosi untuk menghukum muridnya, selain sering mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menyebabkan anak saya trauma dan terganggu emosinya, katanya. 

Menurut Abdul Halim, keadaan menjadi lebih serius apabila guru berkenaan turut memalukan anaknya melalui pembesar suara selepas aduan kepada guru besar dan laporan polis dibuat. Sebagai seorang guru adakah patut dia mengaibkan anak saya dengan menggunakan pembesar suara dan menyebabkan semua orang dalam dewan sekolah itu dengar? Saya tidak berpuas hati dengan sikap guru berkenaan. 

Sepatutnya sebagai seorang pendidik dia perlu lebih bersikap rasional, berkelakuan lebih bijak dan tidak melakukan sesuatu mengikut perasaan. Jika anak saya ada buat salah atau buat kes di sekolah bolehlah dia menghukum atau memukul anak saya, tetapi setelah disiasat anak saya tidak pernah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan sekolah, katanya kepada Sinar Harian semalam. 

Katanya, segala aduan dan laporan secara bertulis telah dibuat kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Kementerian Pelajaran Malaysia, bagi mengambil tindakan susulan berkenaan salah laku guru berkenaan yang membawa budaya gangsterisme di sekolah itu. Menurut Abdul Halim, anaknya dan kawan-kawan sekelas yang lain sehingga kini masih lagi dipukul dan dilempang sesuka hati. 

Terbaru, katanya, seorang murid lelaki bengkak di kepala oleh guru itu kerana dipukul dengan surat khabar yang digulung. Menurut Abdul Halim, laporan polis serta kesihatan sudah dibuat dan pihaknya tidak teragak-agak untuk membawa kes ini ke muka pengadilan. 

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Pkharudin Ghazali berkata, pihaknya sedia maklum dengan kes tersebut dan siasatan telah pun dilakukan. Katanya, guru tersebut telah pun diberi teguran tentang etika sewaktu menguruskan murid, serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP). 

Sehubungan dengan itu, jabatan, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak sekolah serta penjaga akan mengadakan pertemuan bagi mencari jalan penyelesaian untuk meningkatkan potensi diri murid, katanya. 

Sumber : Sinar Harian

Ulang siar entri Cikgu Pukul Dan Lempang Anak Saya Sesuka Hati Luah Bapa.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Cikgu Pukul Dan Lempang Anak Saya Sesuka Hati Luah Bapa.. 4.5 5 Unknown Tuesday, August 15, 2017 Cikgu Pukul Dan Lempang Anak Saya Sesuka Hati Luah Bapa.. Seorang bapa merayu pihak berkaitan membantu menyelesaikan masalah yang dihad...


No comments:

Post a Comment