Baik Buat Produk Merapu, Jual Lagi Untung.

 On Tuesday, November 14, 2017  

Baik Buat Produk Merapu, Jual Lagi Untung.

Baik Buat Produk Merapu, Jual Lagi Untung.

Pamoga satu botol RM160, DS Vida kata dia boleh jual sebulan 100,000. Boleh kira sendiri hasil jualan.
Dalam instagram, ada video dia dakwa makan Pamoga boleh sihat, tulang patah boleh sambung, jalan elok balik.
Bila aku fikir balik macam ni, apa sebenarnya nilai ilmu? Apa nilai kau belajar 6-7 tahun? Lepas habis belajar, menganggur lagi. Dah jadi doktor, pesakit tak nak ikut nasihat, kena maki, kena komplen. Dimalukan.
Baik buat produk merapu, jual, lagi untung.
Tapi itulah kawan-kawan, nilai ilmu bukan pada duit. Kau nak sambung belajar, banyak duit yang mengalir keluar, bukan mengalir masuk. 
Hari ni, orang bodoh takda ilmu boleh jadi kaya sebab mempopularkan diri dengan cara yang tak malu. Kau buat muka selenga lawak bodoh dalam instagram, banyak viewers, boleh buat paid review masuk ribu riban.
Yang menuntut ilmu, kena ikat perut, jimat duit. Bayar macam-macam. Lepas dapat phD, kena pertahankan ilmu dan kebenaran yang kita junjung tu, ada risiko kena pulau, kena maki, kena tangkap, dihalang bercakap.
Imam As-Syafie pergi kembara beribu batu, banyak habiskan harta untuk ilmu. Imam Ahmad siap kena penjara. Imam Bukhari kena buang emas yang dia ada ke dalam laut.
Tapi tengoklah legasi yang diwariskan, sampai hari ni kita kenal nama-nama ni. Termasuklah ilmu lain pun, para ilmuan yang mempelopori ciptaan, inovasi dan penemuan, sampai hari ni manfaat tu boleh dirasai.
Dan orang-orang yang membodohkan diri mereka? Selamat ditelan masa.
Jadi ini pesan kepada adik-adik yang baru bergraduasi, akan ada ketika nilai ilmu itu akan dicabar dengan harta. Peganglah ilmu betul-betul, sebab ilmu itu khazanah yang lagi hebat dari harta. Ilmu boleh bagi pada semua orang, bersambung pula sampai lepas mati. Harta yang kita kumpul, bila mati, kekal di atas bumi.

Ulang siar entri Baik Buat Produk Merapu, Jual Lagi Untung. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Baik Buat Produk Merapu, Jual Lagi Untung. 4.5 5 Unknown Tuesday, November 14, 2017 Baik Buat Produk Merapu, Jual Lagi Untung. Oleh : Hidayat Hasni Isa Pamoga satu botol RM160, DS Vida kata dia boleh jual sebulan 100,...


Related Post:

  • Penjualan Android Box Tidak Sah Diharamkan, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu. Penjualan Android Box Tidak Sah Diharamkan, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu. Nampaknya kerajaan telah mengenakan peraturan baru bagi mengawal akses kepada kandungan Android Box yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Bagi mereka yang tidak… Read More
  • Bau Belacan Disangka Bau Mayat Manusia Sampai Polis Serbu Rumah.. Bau Belacan Disangka Bau Mayat Manusia Sampai Polis Serbu Rumah.. Siapa sangka makanan Malaysia boleh mengundang perkara yang pelik-pelik berlaku di luar negara. Selalunya kita baca kisah mengenai reaksi orang asing yang menikmati durian. Kebanya… Read More
  • Semakan Kelayakan Kad Perak Prihatin. Semakan Kelayakan Kad Perak Prihatin. Tahukah anda baru-baru ini kerajaan Perak telah melancarkan skim Program Perak Prihatin untuk golongan yang berpendapatan rendah? APAKAH TUJUAN PROGRAM? 👉 Memberikan khusus untuk warga Perak yang berpend… Read More
  • Semakan Skim Peduli Sihat PeKa B40. Semakan Skim Peduli Sihat PeKa B40. Pada 15 April 2019 kerajaan secara rasminya telah melancarkan skim peduli sihat PEKA B40 yang mensasarkan warga emas berusia 50 tahun dan ke atas.  Skim ini menawarkan khidmat pemeriksaan kesihatan dan fa… Read More
  • Berak Kat Pantai Menyalahi Undang-Undang Kata Polis. Berak Kat Pantai Menyalahi Undang-Undang Kata Polis. Polis daerah ini memandang berat maklumat yang tular di media sosial mengenai perbuatan seorang pelancong asing wanita didakwa buang air besar di pantai Batu 5 di sini. Ketua Polis Daerah Port… Read More

No comments:

Post a Comment