CEO Syarikat Telekomunikasi Ditahan Kerana Dadah Di Dubai.

 On Friday, November 10, 2017  

CEO Syarikat Telekomunikasi Ditahan Kerana Dadah Di Dubai.

CEO Syarikat Telekomunikasi Ditahan Kerana Dadah Di Dubai.

Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi tempatan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana kesalahan memiliki dadah, September lalu lapor Harian Metro semalam. 

Gambar Hiasan - Google
Laporan itu menyebut, sumber yang tidak dinamakan memberitahu CEO yang ditahan itu bagaimanapun sudah dihantar pulang ke Kuala Lumpur Selasa lalu selepas selesai menjalani hukuman di negara berkenaan. 

"Individu terbabit menjalani hukuman di Penjara Pusat Al-Aweer. 

Dia ditahan pihak berkuasa UAE pada 18 September lalu sebaik tiba dengan penerbangan dari Amsterdam, Belanda," kata sumber tersebut, memetik laporan portal itu. 

CEO itu turut dilaporkan ditahan selama dua minggu selepas sejumlah dadah ditemui berada di dalam bagasinya.

"Dia kemudian ditahan selama dua minggu di Pusat Tahanan Lapangan Terbang untuk siasatan lanjut.

Selepas dua minggu, CEO berkenaan dipindahkan ke Penjara Pusat Al-Aweer, Dubai untuk menjalani hukuman," kata laporan itu lagi. 

Dalam perkembangan yang berkaitan, identiti CEO syarikat telekomunikasi yang ditahan kerana dadah di Dubai masih terus menjadi misteri.

Siasatan yang dilakukan oleh portal Free Malaysia Today memaklumkan polis Dubai ketika dihubungi enggan memberikan butiran, cuma meminta pihak media itu menghubungi mereka “melalui saluran diplomatik”.

Manakala pemeriksaan yang dilakukan oleh wakil media itu dengan Wisma Putra tidak menemukan sebarang jawapan, begitu juga dengan polis dan Kementerian Dalam Negeri. 

Portal itu melaporkan, "ketika ditanya, sumber di KDN berkata mereka tidak tahu mengenai perkara itu. Syarikat telekomunikasi utama juga dilapor menafikan ketua-ketua mereka terbabit, menurut forum teknologi popular, LowYat.net," tulis media itu. - SoZPress.

Ulang siar entri CEO Syarikat Telekomunikasi Ditahan Kerana Dadah Di Dubai. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
CEO Syarikat Telekomunikasi Ditahan Kerana Dadah Di Dubai. 4.5 5 Unknown Friday, November 10, 2017 CEO Syarikat Telekomunikasi Ditahan Kerana Dadah Di Dubai. Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi tempatan ditah...


No comments:

Post a Comment