Betul Ke Malaysia Kekurangan Engineer? - Asraff Jeffrey.

 On Wednesday, July 25, 2018  

Betul Ke Malaysia Kekurangan Engineer? - Asraff Jeffrey.

Betul Ke Malaysia Kekurangan Engineer? - Asraff Jeffrey.

Oleh : Asraff Jeffrey

Kisah Malaysia kekurangan Engineer. Bila baca artikel ini,saya geleng kepala. Saya juga bekas Engineer tapi berhenti atas pilihan sendiri.

Tapi ada kawan-kawan Engineer yang lain lompat kerja lepas 2-3 tahun berkerja kerana tidak nampak masa depan.

 
Hidup seperti robot,bangun pagi,masuk kerja, buat perkara sama setiap hari dan gaji,bawah RM3k.

Hinggalah ada kawan-kawan bagitahu kerja di bahagian Customer Service lebih menguntungkan. Kerja reply email secara teknikal dan dalam masa sama sebagai penterjemah. Gaji dapat RM5k. Ada kawan yang dapat RM15k.

Rasanya untuk yang kerja kilang, semua tahu kalau nak naik pangkat,kena tunggu Manager mati dulu. Engineer ada 10 orang, jawatan Manager 1. Bagaimana nasib 9 orang lagi? Itupun kalau si Manager mati.

Dengan kekangan hidup sekarang, logiknya, kenapa perlu kekal jadi Engineer jika kerja lain menawarkan gaji yang lebih?

Ya,akhirnya,semua berkisarkan gaji. Kita tidak boleh hipokrit, kerja kena ikhlas, kena jadi Engineer untuk bangunkan Negara. Ikhlas tak boleh beli Nasi Lemak.

Ikhlas antara kita dan Tuhan tapi kita dan manusia, tentunya guna duit. Kalau Kerajaan boleh selesaikan masalah gaji ini,saya yakin, tiba-tiba Kerajaan akan ada lebihan Engineer.

Percayalah,sekarang kita bukan kekurangan Engineer tapi kita kurang mereka yang sanggup jadi Engineer. Dan percayalah, isu ini Kerajaan boleh selesaikan.

Pengalaman saya keliling kilang-kilang suatu ketika dahulu, saya dapati ramai pekerja asing berkerja sebagai Operator,terutamanya orang Indonesia.

Ada satu ketika,saya borak dengan pekerja Indonesia. Saya tanya berapa gaji mereka. Katanya lebih kurang RM2k. Jika ada OT, boleh cecah RM3k.

Saya hairan,kenapa orang kita tidak ingin kerja. Jadi saya borak dengan pekerja Melayu di kilang yang sama.

Katanya betul,gaji mereka sekitar RM2k. Dan kenapa tak ramai yang nak kerja sebab RM2k kena tanggung rumah dan pengangkutan sekali. Sedangkan pekerja asing diberikan tempat tinggal dan ada pengangkutan pergi balik kerja.

Kenapa berlaku diskriminasi sebegini? Saya pun tidak tahu. Ada yang kata HR makan tepi ,tapi entahlah.

Tapi apa yang kita boleh faham, syarikat tersebut boleh bayar gaji mahal tapi kenapa untuk orang tempatan, gaji murah?

Jadi, Kerajaan kena kaji ini semua. Belum cerita bab HRDF dan sebagainya lagi.

Ulang siar entri Betul Ke Malaysia Kekurangan Engineer? - Asraff Jeffrey. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Betul Ke Malaysia Kekurangan Engineer? - Asraff Jeffrey. 4.5 5 Unknown Wednesday, July 25, 2018 Betul Ke Malaysia Kekurangan Engineer? - Asraff Jeffrey. Oleh : Asraff Jeffrey Kisah Malaysia kekurangan Engineer. Bila baca artikel ...


No comments:

Post a Comment