Kenapa Ibu Mengandung Perlu Minum Air Gula? - Dr. Amirul Amzar.
Oleh : Dr. Amirul Amzar
SAYA TAK NAK MINUM AIR GULA WAKTU MENGANDUNG!
Peringatan! : Artikel ini tidak merujuk kepada ibu yang memang menghidapi kencing manis walau sebelum mengandung.
Kebanyakan ibu di Malaysia mempunyai risiko untuk menghidapi kencing manis sewaktu mengandung. Antara faktor risiko termasuklah :
➠ Berat badan berlebihan➠ Sejarah keluarga mempunyai kencing manis➠ Sejarah kencing manis pada kandungan lepas➠ Sejarah bayi dilahirkan besar➠ Kehadiran gula dalam air kencing➠ Masalah terlebih air ketuban➠ Kecacatan pada bayi sebelum ini
Kencing manis sewaktu mengandung perlu dikesan awal. Jikalau lambat, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:
➠ Keguguran kandungan➠ Bayi tidak membesar dengan sempurna➠ Bayi terlalu besar hingga menyulitkan kelahiran➠ Kecacatan pada bayi➠ Masalah jantung pada bayi➠ Kuning yang tinggi selepas lahir➠ Masalah kerosakan mata, kerosakan buah pinggang atau darah tinggi pada ibu
Ibu-ibu sering bertanya, kenapa kena minum air gula? Bukan kah ada ujian darah Hba1c untuk melihat kencing manis? Mari saya jelaskan.
Kencing manis adalah berpunca dari badan tidak mampu memproses gula.
Hba1c - kiraan molekul hemoglobin (Hb) yang mempunyai gula melekat padanya. Semakin tinggi kadar gula seseorang, semakin tinggi Hba1c. Hemoglobin mempunyai jangka hayat 3 bulan. Jika seseorang itu baru sahaja mempunyai masalah kencing manis, Hba1cnya boleh jadi normal.
Minum air gula - ia dikenali sebagai “glucose tolerance test”. Orang yang normal berupaya memproseskan gula dan menghasilkan bacaan gula yang normal semasa ujian ini. Orang yang kencing manis tidak dapat memproses gula maka bacaannya tinggi.
Di dalam kencing manis disebabkan mengandung, Hba1c TIDAK SESUAI sebagai alat diagnosis :
💙 Hba1c tertakluk kepada kadar gula selama 3 bulan (jangka hayat hemoglobin). Jika orang itu baru sahaja mempunyai masalah kencing manis sewaktu mengandung, ada kemungkinan Hba1cnya normal dan menyebabkan kencing manisnya tidak dikesan. Ini akan menimbulkan komplikasi pada bayi kelak.
💙 Hba1c tertakluk kepada kadar hemoglobin dalam darah. Jika hemoglobin seseorang itu rendah, Hba1c akan ikut rendah. Jadi walaupun seseorang itu ada kencing manis tetapi hemoglobinnya rendah, ada kemungkinan kencing manisnya itu tidak dikesan melalui Hba1c. Dan semasa mengandung, ibu mempunyai risiko kurang hemoglobin (anemia).
Minum air gula adalah proses yang tidak selesa. Namun ia penting bagi menjaga kesihatan bayi anda kelak. Kebiasaannya ia dilakukan selepas 14 minggu kerana sebelum itu ibu mengandung sering mengalami mabuk yang teruk.
Proses minum air gula tidak menyebabkan anda mendapat kencing manis. Ia adalah untuk melihat sama ada badan anda mampu memproses gula dengan baik atau tidak. Ia juga tidak menyebabkan komplikasi terus kepada bayi. Namun jika anda mengelat, anda meletakkan diri anda dan bayi anda kepada risiko kencing manis tidak dikesan.
Gunakan ujian minum air gula untuk diagnosa kencing manis sewaktu mengandung, bukan Hba1c.
Untuk yang mahu bacaan lanjut dari luar negara:
https://www.rcog.org.uk/…/pregn…/pi-gestational-diabetes.pdf
Rujukan :
1. Diabetes in pregnancy (NICE clinical guideline). https://www.nice.org.uk/guidance/ng3
2. Hba1c monitoring in gestational diabetes (query bank). https://www.rcog.org.uk/…/hba1c-monitoring-in-gestational-…/

Ulang siar entri Kenapa Ibu Mengandung Perlu Minum Air Gula? - Dr. Amirul Amzar. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment