Laungan "Malaysia, Amirul Anjing", Ini Kenyataan TMJ Tunku Ismail.

 On Tuesday, July 31, 2018  

Laungan

Laungan "Malaysia, Amirul Anjing", Ini Kenyataan TMJ Tunku Ismail.

Berkaitan kes terbaru mengenai apabila skuad kebangsaan B16 sedang bermain menentang Thailand dalam Kejohanan Piala AFF B16 2018 di Indonesia, kedengaran penyokong Indonesia telah menyanyikan lagu yang berunsur provokatif dan menghina iaitu ‘Malaysia itu anjing’ dan ‘Amirul itu anjing’.

 
Saya menyarankan dan akan memastikan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menulis surat bantahan kepada AFF dan AFC serta ‘protes’ dan tarik diri dari kejohanan tersebut jikalau perlu.Walauapapun, tindakan perlu dikenakan.

Saya rasa ia perlu dilakukan secepat mungkin. Saya faham Menteri Belia dan Sukan yang sentiasa memikirkan diplomatik untuk bertindak. 


Ini bukan mengenai diplomatik tetapi mengenai nama negara yang telah dihina. Mana yang lebih penting, untuk menjadi popular atau untuk berjaya? 

Sebagai seorang ketua, kadang-kala kita tidak boleh asyik nak menjaga hati semua pihak sahaja. Kadang-kadang kita perlu lakukan keputusan yang sukar orang nak terima tetapi ia untuk kebaikan negara. ‘Leadership is about action. Not position. Sometimes you have to bite the bullet.’

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Ulang siar entri Laungan "Malaysia, Amirul Anjing", Ini Kenyataan TMJ Tunku Ismail. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Laungan "Malaysia, Amirul Anjing", Ini Kenyataan TMJ Tunku Ismail. 4.5 5 Unknown Tuesday, July 31, 2018 Laungan "Malaysia, Amirul Anjing", Ini Kenyataan TMJ Tunku Ismail. Berkaitan kes terbaru mengenai apabila skuad kebangsaan B1...


No comments:

Post a Comment