Kesan Menolak Suntikan Vitamin K, Bayi Berisiko Mengalami Pendarahan Otak.

 On Friday, November 2, 2018  

Kesan Menolak Suntikan Vitamin K, Bayi Berisiko Mengalami Pendarahan Otak.

Kesan Menolak Suntikan Vitamin K, Bayi Berisiko Mengalami Pendarahan Otak.

Oleh : Amirul Amzar

SUNTIKAN VITAMIN K : PERKONGSIAN KES SEBENAR

Terdapat sebuah kompilasi kajian kes berkaitan pendarahan akibat kekurangan vitamin K pada bayi. Kes-kes ini dikumpul dalam tempoh 8 bulan di sebuah hospital di Nashville, Amerika Syarikat.

Kajian ini dilakukan kerana peningkatan bilangan kes penolakan suntikan vitamin K yang menyebabkan peningkatan kes pendarahan disebabkan kekurangan vitamin K.

Sepanjang 8 bulan itu, seramai 7 orang bayi disahkan mempunyai masalah kekurangan vitamin K. Mereka ini tidak menerima suntikan vitamin K sewaktu kelahiran.

Daripada 7 orang bayi itu, kesemua mereka menunjukkan parameter pembekuan darah yang tidak normal.

Daripada 7 orang bayi itu, 5 orang mengalami pendarahan.

Daripada 5 orang bayi yang berdarah itu, 4 orang mengalami pendarahan di dalam otak.

Daripada 4 orang bayi yang mengalami pendarahan otak itu, 2 orang memerlukan pembedahan otak.

Saya kepilkan gambar imbasan kepala keempat-empat bayi yang mengalami pendarahan otak tersebut. Boleh lihat kawasan putih dalam imej itu. Itu adalah darah yang berkumpul dan menekan tisu otak.


Bayangkan bayi seawal 6 minggu perlu ditebuk kepalanya bagi mengeluarkan darah beku walhal pekara ini boleh dicegah dengan satu suntikan vitamin K selepas kelahiran.

Ironinya, kesemua bayi yang mengalami masalah ini dirawat dengan suntikan vitamin K disamping beberapa rawatan lain.

Awalnya nak elak vitamin K, akhirnya kena bagi vitamin K juga, malah dengan pelbagai rawatan tambahan lain.

Sanggupkah tuan puan melihat anak tuan puan mengalami pendarahan otak? Sanggupkah melihat kepala anak sekecil 6 minggu ditebuk? Sanggup lihat anak-anak membesar dengan lumpuh separuh badan akibat kerosakan otak?

Kalau sanggup, tolaklah suntikan vitamin K.

Sumber kajian : http://www.pedneur.com/artic…/S0887-8994(14)00141-6/fulltext

Ulang siar entri Kesan Menolak Suntikan Vitamin K, Bayi Berisiko Mengalami Pendarahan Otak. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kesan Menolak Suntikan Vitamin K, Bayi Berisiko Mengalami Pendarahan Otak. 4.5 5 Unknown Friday, November 2, 2018 Kesan Menolak Suntikan Vitamin K, Bayi Berisiko Mengalami Pendarahan Otak. Oleh : Amirul Amzar SUNTIKAN VITAMIN K : PERKONGSIAN KES S...


No comments:

Post a Comment