Menteri Hapuskan Peperiksaan Tahun 1,2,3 Dan Ini Respon Cikgu.

 On Friday, November 2, 2018  

Menteri Hapuskan Peperiksaan Tahun 1,2,3 Dan Ini Respon Cikgu.

Menteri Hapuskan Peperiksaan Tahun 1,2,3 Dan Ini Respon Cikgu.

Oleh : Mohd Fadli Salleh

Dr menteri mengumumkan pagi semalam bahawa peperiksaan bagi murid Tahap 1 akan dimansuhkan dan diganti dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula 2019.

Ramai yang pm aku bertanya tentang kesahihan serta bagaimana pentaksiran akan dijalankan?

Baik, hal ini adalah SAHIH memandangkan poster ini disebarkan oleh menteri pendidikan sendiri semalam.


Umum tahu, kita semua perlu ada satu penilaian untuk menentukan tahap kefahaman murid dan tahap keberkesanan pengajaran guru mengenai sesuatu topik.

Berkenaan dengan bentuk pentaksiran yang lebih objektif seperti mana yang Dr Maszlee sebut, aku sendiri tidak tahu bagaimana rupa dan bentuknya.

Hal ini memerlukan penjelasan dan pencerahan lanjut dari pihak KPM sendiri. Kami para guru tidak tahu apa-apa maklumat tentang hal ini.

Sebenarnya, perihal untuk memansuhkan 'exam oriented' dah lama dirancang oleh kerajaan lama dan sedang dilaksanakan secara berperingkat sehingga hari ini.

Sebab itu pengambilan murid SBP dan MRSM bermula tahun 2016 tidak lagi mensyaratkan murid straight A.

Bahkan ada murid yang dapat 2A berjaya mendapat tempat di SBP bilamana mereka cemerlang juga dalam sukan, menjadi ketua kelas/pengawas dan melibatkan diri secara aktif dalam pertandingan indoor.

Murid ke SBP dan MRSM tidak lagi bergantung kepada bilangan A semata-mata. Itu satu benda bagus yang patut diteruskan pada pendapat aku.

Namun aku ingatkan semula satu perkara kepada tim baru dalam bidang pendidikan.

Awal pengenalan untuk memansuhkan 'exam oriented' secara berkala ini, KPM memperkenalkan PBS iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

PBS menjadi isu hangat kerana cara pelaksanaannya sangat menyusahkan serta berbeza-beza diantara negeri malah daerah.

Timbunan tugas yang melampau pada guru sewaktu PBS diperkenalkan. Aku sendiri sempat merasa bebanan dan tugasan yang merapu untuk menilai murid melalui PBS.

Ibu bapa pula bingung bila datang ambil result anak-anak mereka.

"Cikgu. Berapa markah anak saya?"

"Oh, anak encik dapat band 3 dalam Sains, band 5 dalam Matematik dan band 4 dalam English. Bahasa Melayu dia dapat band 6 tau. Bagus sangat dah tu."

"Band 3,4,5, dan 6 tu apa cikgu?"


"Band 3 itu maksudnya anak encik tahu, faham dan boleh buat. Band 4 itu maksudnya anak encik tahu, faham dan boleh buat dengan beradab.

Band 5 pula maksudnya anak encik tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji. Band 6 pula maksudnya anak encik tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali."

"Apa benda ni cikgu? Tak faham la saya. Band 3 pun anak saya tahu faham dan boleh buat. Band 4 pun sama. 5 dan 6 pun sama. Anak saya ni boleh buat ke tak sebenarnya? Pening ah cikgu!"

"Saya pun pening juga encik." 😂😂


Haha. Maka ramai pulang rumah tak puas hati dan tak faham pencapaian anak mereka.

Jadi aku sangat berharap, pentaksiran yang lebih objektif seperti mana yang Dr Maszlee perkatakan semalam bukan sejenis penilaian yang membawa beban pada guru.

Sehingga perlu wujudkan fail setiap murid. Kena pula masukkan eviden setiap hari. Kena pula wujudkan bilik fail. Kena pula simpan eviden dari tahun 1 hingga tahun 6. Datang pula PPD, JPN, Nazir dan orang KPM dengan arahan berlainan tentang cara susun eviden, cara simpan, cara nilai dan sebagainya.

Ibu bapa pula tidak puas hati dengan penjelasan guru tentang pencapaian anak mereka. Kabur dan tiada satu penanda aras yang mudah difahami tentang pencapaian anak mereka.

Setelah 3 tahun membuat kerja yang boleh dikatakan sia-sia dan memenatkan, semua itu dimansuhkan selepas aduan dan rungutan pelbagai pihak.

Namun sebenarnya PBS masih tetap berjalan sehingga sekarang. Namun tidak seteruk dulu mengusung fail ke hulu kehilir.

Aku sangat berharap, pentaksiran baru ini mesra kepada guru, murid dan ibu bapa.

Dan aku aku sangat berharap jika pentaksiran yang bakal dibuat bermula tahun depan ini mendapat maklum balas negatif, segeralah ubah suai agar tidak menyusahkan.

Sangat berharap peristiwa hitam PBS tidak lagi berulang di bawah pimpinan baru. Sama-sama kita nantikan dengan harapan.

Ulang siar entri Menteri Hapuskan Peperiksaan Tahun 1,2,3 Dan Ini Respon Cikgu. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Menteri Hapuskan Peperiksaan Tahun 1,2,3 Dan Ini Respon Cikgu. 4.5 5 Unknown Friday, November 2, 2018 Menteri Hapuskan Peperiksaan Tahun 1,2,3 Dan Ini Respon Cikgu. Oleh : Mohd Fadli Salleh Dr menteri mengumumkan pagi semalam bahawa pe...


No comments:

Post a Comment