Presiden PAFA Tak Berani Makan Di Kedai, Penyokong Buat Karangan Menyedihkan, Malangnya Netizens Tibai Balik Kaw-Kaw.

 On Monday, November 5, 2018  

Presiden PAFA Tak Berani Makan Di Kedai, Penyokong Buat Karangan Menyedihkan, Malangnya Netizens Tibai Balik Kaw-Kaw.

Presiden PAFA Tak Berani Makan Di Kedai, Penyokong Buat Karangan Menyedihkan, Malangnya Netizens Tibai Balik Kaw-Kaw.

Nampaknya serangan maya yang diterima oleh Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, Presiden PAFA berjangkit kepada penyokongnya pula.

Seorang individu yang dikenali sebagai Muhammad Faeez Azahar diserang bertubi-tubi sejak ahad selepas menulis surat terbuka mengenai Presiden PAFA yang disifatkannya banyak berkorban bagi membantu Perak memenangi Piala Malaysia.

Apa yang paling kelakar dalam surat terbuka itu ialah respon-respon dari netizens yang nampaknya 'i don't give a damm fuck' terhadap luahan panjang lebar itu.

via GIPHY

Kebanyakan dari netizens itu mempertikaikan luahan itu dengan cara kasar dan menyindir. Sesetengahnya pula mempersoalkan adakah sekeping tiket percuma ialah nilai Faeez. Ini berikutan gambar beliau dengan tiket percuma yang diberikan oleh Hasnul turut disebarkan netizens bagi menyindir luahan itu.


Tangkaplayar oleh Alan Shah
Respon netizens;


Walaupun ada respon yang positif di post tersebut tetapi respon yang mengkritik terlalu banyak sehingga menguasai thread itu. Hampir sahaja tidak kelihatan ataupun tenggelam dek respon negatif yang membanjiri diruangan komen. Faeez bagaimanapun tidak membalas balik semua kecaman yang diterima ke atasnya mahupun ke atas Hasnul.

Berikut adalah luahan Faeez seperti yang dipetik dari dinding Facebooknya;

Aku antara orang yang terawal yang kamu tanya sebaik sahaja ditawarkan memegang jawatan yang sangat mencabar itu walau aku ni bukanlah siapa-siapa. Aku memberi pandangan aku dari sudut negatif dan positif, cabaran dan nilai tambah apabila kamu memegang jawatan itu. Namun secara kesimpulannya aku bersetuju kamu sahut cabaran itu.

Di awal kamu mengambil alih dan menyusun kepimpinan, aku antara yang tidak bersetuju. Tetapi aku yakin kamu punya asas tersendiri dalam menyusun team yang akan mengharungi cabaran besar. Kamu buat tindakan yang tidak popular dan mewujudkan kemarahan pada penyokong yang kononnya kamu mahu merosakkan serta menjatuhkan pasukan dan cuba mempolitikkan persatuan. Sedangkan kamu tidak melantik seorang pun orang parti kamu dalam persatuan walaupun dicadang dan dinasihatkan oleh kami. Tidak seperti kebiasaan sebelum ini yang akan melantik orang politik untuk menguatkan pengaruh dalam persatuan terutama jawatan pengurus dan penolong pengurus. Tetapi kamu tidak berbuat demikian, aku faham niat kamu, kamu mahu melihat persatuan ini bebas dari unsur politik kepartian dan kamu cuba menyatukan barisan exco yang punya kerencaman ideologi politik.

Cabaran kamu lebih besar apabila beberapa perlawanan awal, pasukan Perak gagal mencipta kemenangan, ia membuatkan kemarahan penyokong memuncak dan serangan kepada kamu bertubi-tubi tanpa belas kasihan dan tidak sekelumit ruang yang diberikan untuk kamu buktikan kemampuan memimpin pasukan. Setiap posting kamu di Facebook pasti diserang walaupun posting kamu tidak ada kaitan dengan bolasepak. Aku tak boleh lupa keadaan di mana kamu sampai satu tahap tidak berani makan di kedai, hanya bungkus makan dalam kereta, hanya kerana tindakan kamu menstrukturkan kepimpinan persatuan.

Kamu menceritakan bagaimana cabaran kamu memimpin persatuan. Kamu perlu memikirkan sumber dana persatuan yang memakan jutaan ringgit disetiap bulan bagi membiayai pasukan. Ia lebih mencabar apabila Kerajaan Negeri Perak menggesa PAFA untuk mencari sumber lain dan tidak bergantung kepada dana daripada kerajaan serta syarikat kerajaan (GLC) seperti kebiasaan. Tetapi kamu optimis untuk buktikan kemampuan kamu walaupun orang diluar tidak mengetahui kesukaran kamu ini.

Di awal kancah Piala Malaysia, kamu diserang lagi apabila prestasi pasukan terumbang ambing. The Bos Gaurus gagal untuk menunjukkan prestasi yang terbaik. Sehingga ramai yang gelakkan kamu kerana kamu target Perak akan ke Final. Stadium mula kosong, ramai yang memboikot kerana kemarahan terhadap PAFA terutama kamu kerana mereka menganggap kamu wujud di dalam PAFA hanya bertujuan untuk merosakkan pasukan. Tetapi kamu tetap optimis, kami tidak miss untuk datang ke stadium memberikan sokongan kepada pasukan walaupun pada ketika itu prestasi agak terumbang ambing.

Game demi game, Perak langkah dengan perlahan hinggalah berjaya melangkah ke suku akhir. Di peringkat itu, kamu masih gagal untuk meyakinkan penyokong, stadium masih lengang dari teriakan penyokong. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Perak berjaya melangkah ke peringkat seterusnya iaitu separuh akhir, dan pada ketika itu geng-geng yang menggerakkan boikot sudah kembali nampak jalan ke stadium. Perak telah menunjukkan aksi yang sangat meyakinkan apabila berjaya menewaskan Sabah 5-0 di Stadium Perak.

Walau baru menghadapi separuh akhir pertama, rakyat dan penyokong Perak telah meletakkan keyakinan yang tinggi untuk mara ke final. Semua telah bersedia untuk ke Stadium Shah Alam. Masing-masing telah menempah bas dan mencetak baju termasuklah yang boikot dan protes sebelum ini. Aku berkongsi kegembiraan bersama kamu ketika itu kerana penyokong telah mula lupa terhadap kemarahan mereka kepada kamu walaupun dulu kamu dianggap orang bertujuan untuk merosakkan pasukan. Alhamdulillah!! Perak berjaya mencatatkan keputusan seri 2-2 dan layak ke Final Piala Malaysia setelah sekian lama menunggu.

Di perlawanan akhir adalah paling mendebarkan namun Perak berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi hingga mencapai kemenangan mengalahkanTerengganu menerusi penentuan sepakan penalti. Aku tahu, kamu adalah antara insan yang paling gembira atas kemenangan ini. Bukan kerana sumbangan kerdil kamu dalam membentuk pasukan, tetapi kemenangan ini telah menafikan fitnah dan dakwaan kononnya kamu ini wujud hanya untuk merosakkan pasukan. Alhamdulillah kamu berjaya mencapai target kamu untuk mara ke Final dan lebih manis, Perak berjaya menjadi juara!

Sebaik kemenangan, telah mula suara-suara yang mempertikai kamu kerana mereka mengatakan kemenangan ini adalah hasil daripada usaha kepimpinan terdahulu. Hahaha.. Kesian kamu, waktu kalah, orang kata ini adalah salah kamu. Tapi bila menang, orang kata ini jasa orang dulu.. Namun kamu tetap relax dan kamu telah keluar kenyataan dengan menegaskan kemenangan ini adalah kemenangan bersama, ia adalah hasil usaha kepimpinan terdahulu dan kamu hanya meneruskan usaha tersebut hingga mencapai kejayaan. Aku tahu betapa akrabnya kamu dengan kepimpinan terdahulu walau berbeza parti. Kamu telah menghargai mereka sehingga ke hari ini.

Di atas kemenangan itu, aku tahu kamu terlalu gembira hingga kamu melakukan perkara yang diluar dari kebiasaan kamu. Aku tahu itu cara kamu meluahkan kepuasan di atas ujian yang kamu hadapi sebelum ini. Tindakan kamu itu telah melahirkan rasa tidak puas para penyokong. Penyokong telah meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap tindakan kamu walaupun kamu telah memohon atas kekhilafan itu.

Kemarahan semakin memberontak, kamu telah dikecam teruk di seluruh negara melalui laman sosial. Setiap minit kamu diserang dengan pelbagai kata-kata nista. Bukan hanya kamu, isteri, anak dan keluarga terdekat kamu turut menjadi sasaran. Kata-kata yang mengerikan dapat aku baca tanda marah mereka terhadap kamu.

Kemarahan penyokong tidak henti hingga telah lupa kejayaan pasukan. Dan seolah terus dibakar dan terus disemarakkan. Kamu mula didesak untuk melepaskan jawatan. Nombor telefon kamu disebar merata alam. Facebook kamu diserang setiap masa. Malah isteri kamu turut menghadapi nasib yang sama hingga tidak mampu menghadapinya seterusnya isteri kamu bertindak untuk deactive akaun facebooknya dan Facebook kamu.

Kamu telah mengambil keputusan untuk menghilangkan diri bagi kamu menenangkan diri, telefon kamu tidak lagi diaktifkan kerana serangan bertubi-tubi telah dilancarkan. Aku pun tidak tahu apa keadaan kamu dan dimana kamu berada. Keluarga terdekat kamu juga tidak tahu kamu dimana.

Kain rentang dengan pelbagai perkataan telah dinaikkan di seluruh negeri. Presiden Pafa out! Jangan Jadi Babi! Letak jawatan! Macam-macam perkataan yang aku baca. Ngeri bila membacanya. Seolah kamu telah membuat tindakan pecah amanah dan songlap serta menggadai pasukan. Sedangkan kesalahan kamu hanya dari sudut etika, bukan bertindak mengkhianati dan pecah amanah. Tetapi apakan daya, kamu terpaksa hadapinya.

Ya, kesilapan akan berlaku sekiranya kita terikut-ikut dengan emosi, dengan emosi kadangkala kita akan lakukan perkara yang kita tidak jangka sama ada emosi terlalu gembira mahupun tersangat sedih.

Namun, tindakan yang didesak berdasarkan emosi dan kemarahan tidak semestinya akan melahirkan satu keputusan yang terbaik. Ia hanya akan menggembirakan mereka yang mendesak atas emosi dan kemarahan, tetapi ia tidaklah pasti memberi impak yang positif hatta barangkali akan melahirkan episod baharu yang barangkali lebih mencabar selepas daripada ini.

Aku harap kamu sabar dengan ujian ini. Aku yakin dan tahu masih ramai yang bersikap rasional dan memberi sokongan kepada kamu. Tetapi mereka tidak mampu menzahirkan sokongan itu kerana mereka sendiri akan turut mendapat nasib yang sama seperti kamu. Mereka bersama kamu bukan kerana menyokong kekhilafan yang kamu lakukan, tetapi mereka memikirkan perkara yang lebih holistik dalam kes ini.

Tak apalah bro, sekurang-kurangnya kamu dah berjaya capai target kamu dah buktikan kamu bukanlah seperti yang didakwa sebelum ini. Aku tahu betapa sayangnya kamu pada pasukan, aku tahu betapa bersungguhnya kamu untuk membina pasukan termasuklah apa yang kamu kongsikan tentang peracangan kamu membina pasukan mantap musim hadapan.

Stay strong sahabatku, bossku!

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
Catatan perjalanan dari Parit Buntar ke Ipoh

Ulang siar entri Presiden PAFA Tak Berani Makan Di Kedai, Penyokong Buat Karangan Menyedihkan, Malangnya Netizens Tibai Balik Kaw-Kaw. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Presiden PAFA Tak Berani Makan Di Kedai, Penyokong Buat Karangan Menyedihkan, Malangnya Netizens Tibai Balik Kaw-Kaw. 4.5 5 Unknown Monday, November 5, 2018 Presiden PAFA Tak Berani Makan Di Kedai, Penyokong Buat Karangan Menyedihkan, Malangnya Netizens Tibai Balik Kaw-Kaw. Nampaknya seranga...


No comments:

Post a Comment