MAINPP Bukan Pemilik Sah Tanah Wakaf Abdul Cauder Kata Pewaris.

 On Thursday, March 7, 2019  

MAINPP Bukan Pemilik Sah Tanah Wakaf Abdul Cauder Kata Pewaris.

MAINPP Bukan Pemilik Sah Tanah Wakaf Abdul Cauder Kata Pewaris.

MUHAMAD AMIN BIN ABD RAHMAN | SURAT TERBUKA DARI PEWARIS ASAL TANAH WAKAF ABDUL CAUDER

Assalamualaikum semua...

Saya Muhamad Amin Bin Abd Rahman, waris harta pusaka Kavana Ebrahim @ Burong dan Abdul Cader dengan segala hormatnya dan rendah diri merayu dan menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir memberi sokongan kepada saya dan semua penduduk Tanah Wakaf Abdul Kadir, Jalan Mengkuang, Butterworth yang mana sedang diusir keluar oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

 


Fakta yang tidak diketahui umum, MAINPP bukan pemilik hartanah lot 208 dan status mereka sebagai pentadbir pun diragui, pewaris hartanah wakaf masih ADA dan tidak pernah bersetuju dengan MAINPP untuk tanah wakaf tersebut dikomersialkan untuk dibuat pangsapuri mewah.

Saya juga telah memasukkan kaveat dan permohonan di mahkamah tinggi Pulau Pinang untuk menentang MAINPP dan menentang perlaksanaan perintah mengusir penduduk-penduduk keluar.

Saya selaku salah seorang waris hartanah tersebut bersama semua penduduk memohon sokongan tuan2-tuan dan puan-puan seISLAM untuk datang mulai 07.03.2019 jam 8 pagi sehingga MAINPP berhenti menzalimi penduduk-penduduk tanah wakaf milik keluarga saya...


Mohon sebarkan.. terima kasih. - 7 Mac 2019.

 


Ulang siar entri MAINPP Bukan Pemilik Sah Tanah Wakaf Abdul Cauder Kata Pewaris. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
MAINPP Bukan Pemilik Sah Tanah Wakaf Abdul Cauder Kata Pewaris. 4.5 5 Unknown Thursday, March 7, 2019 MAINPP Bukan Pemilik Sah Tanah Wakaf Abdul Cauder Kata Pewaris. MUHAMAD AMIN BIN ABD RAHMAN | SURAT TERBUKA DARI PEWARIS ASAL TANAH WAK...


No comments:

Post a Comment