Pekerja Ladang Tak Kisah Dimarah, Ditegur Oleh COO Felcra, Minta Hentikan Tuduhan Tak Berasas.

 On Thursday, March 7, 2019  

Pekerja Ladang Tak Kisah Dimarah, Ditegur Oleh COO Felcra, Minta Hentikan Tuduhan Tak Berasas.

Pekerja Ladang Tak Kisah Dimarah, Ditegur Oleh COO Felcra, Minta Hentikan Tuduhan Tak Berasas.

ISU SEMASA | "Banyak lagi kebaikan yang dia buat tetapi kenapa tak viralkan pula?," itulah antara luahan pekerja Ladang Projek Kampung Serambi ketika mengulas mengenai video tular yang membabitkan seorang COO Felcra baru-baru ini.

Kenyataan itu dibuat bagi membetulkan tanggapan serong sesetengah pihak terhadap rakaman yang tersebar itu.

Perkara yang sama turut dimaklumkan oleh individu yang mengakui pekerja Ladang, yang dikenali dengan nama Mohamad Salllehuddin. Menurutnya pekerja ladang tiada masalah berbosskan garang jika hal itu dapat memulihkan kembali FELCRA ke landasan yang sebenar.

"Hari ini viral pasal boss aku ni.. Apa kata netizen memang tak boleh nak tutup persepsi masing-masing. Sedangkan yang kena marah rilek je kental. 

Itulah kami sebagai Planters. Video ini sekelumit dari banyak video dalam simpanan aku.. KENAPA YANG BURUK SAHAJA DIVIRAL YANG PERKONGSIAN ILMU OLEH Tuan COO TAK PULAK DIVIRALKAN? Kami sebagai staf Felcra tengah bersemangat untuk pulihkan kembali Felcra kembali ke landasan yang sepatutnya.. 

Dan kami sangat perlukan bimbingan dari professional untuk bantu kami.. Pengalaman 3 hari dengan COO bulan 2 hari itu takde masalah pun dia memang garang.. Tapi ilmu dia bagi aku dapat hadam betul-betul. Hampir 70% masalah dari hasil lawatan yang aku hadap di ladang dapat diselesaikan dengan bantuan beliau dan sedang berterusan.. Aku harap video ini dapat ditarik balik.. TAKDE KAITAN DENGAN POLITIKKKKKKKK


#nakjadiplantershatimaukentalboss
#ayuhstaffelcrakitabangkitbersama
#kalonakvideoperkongsianilmudiapmaku

#bodek2guaxpandaiderrsorry,"
katanya dalam kenyataan itu.


Seorang lagi kakitangan Felcra yang dikenali sebagai Syarifah Noor juga membuat kenyataan di sosial media bahawanya dia adalah wanita yang dimarahi oleh COO Felcra seperti yang terpapar dalam rakaman video.


Namun hal itu hanyalah proses PEMBELAJARAN di ladang. Dan tak sepatutnya ia diperbesar-besarkan.




Terdahulu sosmed kecoh dengan dua rakaman video COO Felcra yang viral.

Video pertama memaparkan aksi COO Felcra yang sedang memarahi kakitangannya kerana tidak cakna dengan tugas masing-masing.



Video kedua pula lebih lucu, memaparkan COO sedang mengajarkan bagaimana nak menanam anak pokok sawit dengan betul atas kepala kakitangannya. - 7 Mac 2019.
 

Ulang siar entri Pekerja Ladang Tak Kisah Dimarah, Ditegur Oleh COO Felcra, Minta Hentikan Tuduhan Tak Berasas. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Pekerja Ladang Tak Kisah Dimarah, Ditegur Oleh COO Felcra, Minta Hentikan Tuduhan Tak Berasas. 4.5 5 Unknown Thursday, March 7, 2019 Pekerja Ladang Tak Kisah Dimarah, Ditegur Oleh COO Felcra, Minta Hentikan Tuduhan Tak Berasas. ISU SEMASA | "Banyak lagi kebaikan ...


No comments:

Post a Comment