Pakar Forensik Pro Adib Diugut Untuk Ubah Keterangan, Minta Setuju Mangsa Cedera Kerana Pintu EMRS.

 On Tuesday, April 23, 2019  

Pakar Forensik Pro Adib Diugut Untuk Ubah Keterangan, Minta Setuju Mangsa Cedera Kerana Pintu EMRS.

Pakar Forensik Pro Adib Diugut Untuk Ubah Keterangan, Minta Setuju Mangsa Cedera Kerana Pintu EMRS.

Pakar forensik saksi inkues Adib buat laporan polis dakwa diugut saksi lain.
 

 
Dua pakar forensik yang juga saksi pakar bagi prosiding inkues kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim membuat laporan polis berhubung ugutan serta cubaan mempengaruhi penilaian mereka membabitkan kes terbabit. Salah seorang pakar forensik mendakwa seorang lagi saksi pakar telah cuba meyakinkannya serta seorang lagi saksi lain untuk menandatangani surat persetujuan bahawa kecederaan di dada kanan dan di lengan atas, sebelah kanan Adib, berpunca daripada pintu kiri kenderaan EMRS.

“Saya membuat laporan ini kerana beliau telah cuba pujuk dan yakinkan saya dan Dr XX, di luar prosiding mahkamah, untuk bersetuju mengesahkan kecederaan di dada kanan dan lengan atas kanan berpunca dari pintu kiri kenderaan EMRS.

“Selain itu saya merasa tidak berpuas hati dengan kata-kata beliau “jika tidak bersetuju either you going down or i’m going down…,”
menurut laporan terbabit.

Kejadian berlaku pada April 11 iaitu ketika ketiga-tiga pegawai terbabit hadir ke Balai Bomba Subang Jaya bagi memeriksa kenderaan EMRS serta melihat proses rekonstruksi.

Sementara itu laporan polis kedua yang dibuat seorang lagi saksi pakar mendakwa cubaan untuk mempengaruhi penilaian mereka bukan sahaja boleh menjejaskan integriti mereka sebagai saksi bahkan dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak menghormati mahkamah.

Kedua-dua saksi pakar terbabit membuat laporan polis di ibu pejabat polis Subang Jaya pada Sabtu lepas.

Dalam pada itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan laporan polis terbabit.

Kata beliau pada jam 9.28 malam 20 April 2019 Sabtu lalu, dua doktor pakar daripada Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur telah membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya.

“Kedua dua mereka adalah saksi doktor pakar dalam inkues kematian Mohammad Adib Mohd Kassim.

“Kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 189 Kanun Keseksaan iaitu ugutan Bencana kepada seseorang Penjawat Awam. Tiada sebarang kenyataan lanjut akan dibuat (polis) memandangkan inkues sedang dijalankan,”
tegas beliau.

Dua pakar forensik yang memberi keterangan dalam inkues Adib adalah Dr Ahmad Hafizam Hasmi dan Datuk Dr. Md Shah Mahmood.

#Justice4adib

Sumber : Malaysia Gazette.

Ulang siar entri Pakar Forensik Pro Adib Diugut Untuk Ubah Keterangan, Minta Setuju Mangsa Cedera Kerana Pintu EMRS. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Pakar Forensik Pro Adib Diugut Untuk Ubah Keterangan, Minta Setuju Mangsa Cedera Kerana Pintu EMRS. 4.5 5 Unknown Tuesday, April 23, 2019 Pakar Forensik Pro Adib Diugut Untuk Ubah Keterangan, Minta Setuju Mangsa Cedera Kerana Pintu EMRS. Pakar forensik saksi inkues Adib bu...


No comments:

Post a Comment