Akhirnya Hanya Wartawan Sahaja Yang Salah Luah Wartawan Harakah..

 On Tuesday, May 21, 2019  

Akhirnya Hanya Wartawan Sahaja Yang Salah Luah Wartawan Harakah..

Akhirnya Hanya Wartawan Sahaja Yang Salah Luah Wartawan Harakah..

Laporan berbaur fitnah terhadap MAIWP dalam akhbar Harakah yang bertajuk - 'Tiada Satu Pun Sekolah Menengah Agama Di Wilayah Persekutuan', mengundang luahan perasaan oleh wartawan yang melaporkan berita tersebut, Aziz Muda.




Selepas senator Ustazah Nuridah mengatakan laporan tersebut tidak berbangkit kerana telah dibincangkan dalam Dewan Rakyat dan diperjelaskan oleh YB Fuziah Salleh dalam sesi penggulungan, wartawan Harakah dipersalahkan kerana dianggap menyebarkan fitnah dan memalukan PAS.


Berikut dibawah adalah luahan wartawan yang menuliskan artikel tersebut.

Oleh : Aziz Muda

Wartawan sahaja yang disalahkan

Dah lama aku jadi wartawan. Dah berpuluh tahun. Malah aku pernah jadi editor di beberapa penerbitan termasuk di akhbar mingguan macam Harakah dan beberapa majalah. Bila yang kita laporkan itu elok, jarang yang ucap terima kasih. Bila ada yang tak kena, aku (wartawan) dikutuk habis-habisan.

Sepanjang aku jadi wartawan, memang tak pernah aku lakukan kesilapan pun dalam laporan aku. Aku memang cukup teliti dgn kerja-kerja aku dan memang sentiasa buat kajian mengenai pelbagai perkara, fakta dan isu.

Macam kes Harakah disaman yang membabitkan kes Mat Sabu dulu yang kini Menteri Pertahanan. Yang salah bukan aku, tapi Mat Sabu. Aku hubungi Mat Sabu untuk ulas tindakan seorang individu bernama Abdul Rashid Abdul Rahman yang dilaporkan terbabit dalam kes memberi kerakyatan orang asing untuk menjadi rakyat Malaysia. Kes ini besar kerana banyak orang asing yang diberikan kerakyatan terutama di Sabah. Mat Sabu mengatakan orang itu tak lain dan tak bukan ialah Pengerusi SPR ketika itu sebab namanya sama. Aku katakan kepada Mat Sabu, tapi betulkah dia orangnya? Mat Sabu kata memang betul dia. Jangan takutlah, tulis je. Aku pun tulis dan laporkan sebab kenyataan itu daripada pimpinan PAS pada masa itu. Jadi tentulah pada sangkaan aku kenyataannya itu kenyataan yang kuat dan berasas. Tak perlu buat kajian lagi sebab tentu dah betul kenyataannya itu. Padahal tak betul. Bukan Abdul Rashid Abdul Rahman selaku bekas Pengerusi SPR itu orangnya. Akhirnya Harakah disaman dan aku (wartawan) juga yang salah.

Kes terbaru pula yang kini sedang heboh, membabitkan Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, melibatkan sekolah menengah agama di Wilayah Persekutuan. Dalam ucapan perbahasannya, Nuridah kata tiada sekolah menengah agama di Wilayah Persekutuan. Fokus aku memanglah terhadap ucapannya. Aku tak ikutilah penggulungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. Jadi laporan aku hanya sehingga di peringkat ucapan Nuridah sahaja. Last-last bila Harakah dah terbitkan laporan ucapan perbahasannya, aku (wartawan) juga yang salah.

Puncanya kerana laporan aku dah jadi tak tepat sebab Nuridah sendiri dah mengakui kesilapannya dan memohon maaf semasa mencelah penggulungan Fuziah.

Sesudah itu ramai ahli-ahli PAS dan yang lain kutuk aku. Timbul pula tuduhan daripada pihak tertentu kononnya Harakah dahlah kononnya dikatakan tak laku tapi siar pula berita tak betul, buat fitnah.

Aku dah beritahu kepada pegawai khas Nuridah, aku akan betulkan balik benda ni. Tapi tak sabar. Pihak Nuridah sendiri yang besar-besarkannya hingga masuk facebook bagai, atas alasan laporan itu memalukan Nuridah. Paksa aku minta maaf dan buat ralat segera. Aku katakan, tunggulah, sabarlah dulu, aku akan perbetulkan dalam Harakah terdekat. Tak sabar juga. Riuh satu Malaysia. Bukan orang lain pun yang buat kecoh, ahli-ahli PAS terutama yang di sekeliling Nuridah sendiri.

Dah jadi kecoh, ada pula yang tuduh Harakah siar berita tak betul, fitnah. Ada pula yang kata kenapa aku (wartawan) tak buat reserch atau kajian dulu sebelum siar laporan tu. Dan macam-macam lagi nada-nada mengutuk aku.

Persoalannya, aku (wartawan) kah yang salah? Nuridah sebagai ahli Dewan Negara, di mana peranan dan fungsinya dalam hal ini? Aku bukan nak buat berita tak betul dan fitnah. Aku juga jauh sekali bertujuan untuk memalukan Ustazah Nuridah. Aku memang tak ikuti dan baca lagi hansard Parlimen yang berikutnya. Aku nak buat laporan dan ulasan ucapan perbahasan Nuridah. Jadi, itulah yang aku buat. Tak tahu dan tak terfikir pula aku Nuridah membuat penafian balik kenyataannya sendiri ketika penggulungan menteri atau timbalan menteri.

Sepanjang aku jadi wartawan, kalau pun tidak pernah, tapi amat jarang berlaku seseorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negara yang dah bercakap panjang lebar dlm sesuatu isu, tiba-tiba dia sendiri pula yang menafikan balik atau mengatakan apa yang dia cakap tu tak betul ketika penggulungan menteri. Tidakkah pelik.

Sedangkan seseorang ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negara, jika nak berucap atau berbahas, dia pasti buat reserch atau kajian dulu mengenai isu yang hendak dibangkitkan itu. Bukan dah bercakap panjang lebar tapi menafikan balik kenyataan atau ucapan ketika penggulungan menteri. Sebab itulah, dari pengalaman aku yang pernah bertugas di akhbar besar di Utusan Malaysia pun, kalau nak buat laporan sama ada berita atau ulasan perbahasan seseorang ahli dewan, memadai baginya hanya ikuti atau baca hansard ucapan perbahasan ahli dewan itu saja, kecuali jika ingin membuat ulasan menyeluruh, atau jika ingin membuat fokus lebih meluas.

Bertolak dari hal dan realiti inilah, aku tak ikuti lagi perbahasan selanjutnya, apatah lagi hingga habis penggulungan menteri kerana fokus aku hanyalah ucapan Ustazah Nuridah sahaja. Bukan soal nak memalukan, nak buat fitnah dan tak mahu buat kajian lanjut berhubung dgnnya, tapi tak perlu pun sebab yang berucap tu ahli Dewan Negara. Kalau nak kira kena buat kajian dulu, ucapan-ucapan menteri tu tak boleh buat berita atau laporanlah dulu sebab kena kaji dulu. Kalau macam tu tak boleh buat berita atau laporanlah sebab asyik kena buat kajian dulu, walaupun ucapan dari menteri, timbalan menteri, ahli Dewan Rakyat, ahli Dewan Negara. Sedangkan ucapan-ucapan menteri pun banyak yang tak betul. Tapi atas konteks nak buat laporan tentu memadailah dengan ucapan itu. Lagipun mereka bukan bercakap di kedai kopi, tapi di Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Tapi tidak begitu. Aku (wartawan) juga yang disalahkan. Sumber berita yang buat salah, last-last wartawan juga yang disalahkan. Sebagai manusia, memang kita tak sunyi dari salah silap. Ahli Dewan juga begitu. Janganlah wartawan sahaja yang disalahkan. Dah berlaku hal yang tak diingini dan wartawan berkenaan pun sudah berjanji nak buat pembetulan, kecoh apa lagi hingga satu dunia pun tahu. Tunggu dan sabarlah. - 21 Mei 2019.

Ulang siar entri Akhirnya Hanya Wartawan Sahaja Yang Salah Luah Wartawan Harakah.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Akhirnya Hanya Wartawan Sahaja Yang Salah Luah Wartawan Harakah.. 4.5 5 Unknown Tuesday, May 21, 2019 Akhirnya Hanya Wartawan Sahaja Yang Salah Luah Wartawan Harakah.. Laporan berbaur fitnah terhadap MAIWP dalam akhbar Harakah yang berta...


No comments:

Post a Comment