Pengawal Keselamatan Diserang Selepas Enggan Benarkan Anjing Masuk Lobi Kondo..

 On Thursday, May 23, 2019  

Pengawal Keselamatan Diserang Selepas Enggan Benarkan Anjing Masuk Lobi Kondo..

Pengawal Keselamatan Diserang Selepas Enggan Benarkan Anjing Masuk Lobi Kondo..

SOSMED | Viral satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki berbangsa cina yang berang kerana dilarang membawa anjing masuk ke dalam kawasan lobi kondominium yang dikatakan berada di sekitar Taman Sungai Besi.



Lelaki cina itu dilihat memarahi pengawal keselamatan yang bertugas ketika itu.

Video itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Eiz Hafiez.

"Lelaki ini telah membawa anjing ke kawasan lobi kondo kami di Taman Sungai Besi yang memang dilarang bukan sahaja dalam house rules tetapi juga dalam undang-undang kerajaan tempatan. 

Bukan setakat tidak mematuhi undang-undang tetapi perbuatan dia jelas tidak menjaga sensitiviti umat islam dan juga kepada orang lain yang mempunyai alahan atau phobia terhadap haiwan yang turut sama menggunakan lobi tersebut. 

Dan cara dia bercakap dengan pengawal yang cuba menghalang perbuatan dia adalah sangat biadap dan tidak bertamadun. 

Perbuatan dia bukan sahaja dikecam oleh penduduk Islam di kondo tersebut tetapi turut dikutuk oleh penduduk-penduduk bukan Islam yang lain. 

Mohon viralkan perangai orang macam ni," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam rakaman itu, lelaki berbangsa cina itu bukan sahaja marah sambil menengking-menengking ke arah pengawal keselamatan tersebut, bahkan turut mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun. - 23 Mei 2019.




Ulang siar entri Pengawal Keselamatan Diserang Selepas Enggan Benarkan Anjing Masuk Lobi Kondo.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Pengawal Keselamatan Diserang Selepas Enggan Benarkan Anjing Masuk Lobi Kondo.. 4.5 5 Unknown Thursday, May 23, 2019 Pengawal Keselamatan Diserang Selepas Enggan Benarkan Anjing Masuk Lobi Kondo.. SOSMED | Viral satu rakaman video yang memaparkan seor...


No comments:

Post a Comment