Ini Rahsia Kenapa Orang Jepun Panjang Usia.

 On Thursday, August 29, 2019  

Ini Rahsia Kenapa Orang Jepun Panjang Usia.

Ini Rahsia Kenapa Orang Jepun Panjang Usia.

Oleh : Sakinah Sulong
Nak tahu apa rahsia orang Jepun mempunyai jangka hayat lebih lama berbanding rakyat negara maju yang lain?

Ya, rakyat Jepun sentiasa mendahului negara maju lain dari segi jangka hayat penduduknya. Pada tahun 2014, satu perempat populasinya adalah golongan warga emas dan dijangka mencecah 1/3 menjelang tahun 2030. 



Jangka hayat masyarakat Jepun pada tahun 2018 ialah 86 tahun bagi wanita dan 80 tahun bagi lelaki, berbanding di Malaysia ialah 79 tahun bagi wanita, 74 tahun bagi lelaki.
Apa rahsianya?

Ada satu kajian selama 15 tahun mendapati kebanyakan rakyat Jepun yang mengikuti plan diet yang disarankan oleh kerajaan mereka pada tahun 2005, mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengikutinya.

Apakah dietnya?

5-7 hidangan makanan berasaskan bijirin seperti nasi, mee, oat dsb

5-6 hidangan sayur-sayuran.

3-5 hidangan protein

2 hidangan buah

2 hidangan produk tenusu

Kurangkan garam, (alkohol dibenarkan secara sederhana)

Selain faktor diet ini, disebut juga faktor kejayaan vaksinasi serta sistem insurans yang baik.

Tetapi yang paling menarik ialah ada satu kajian mendapati golongan tua yang sihat di Jepun mempunyai cara hidup yang aktif. Mereka masih bekerja, bukan untuk menyara hidup tetapi kerana mereka suka menjalani cara hidup yang aktif.

Ini pun satu rahsia kesihatan mereka.

Satu lagi penemuan menarik ialah di dapati di Aname Island 5, di mana penduduknya didapati hidup lebih lama, mereka mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dan membuat kerja-kerja dalam komuniti secara aktif. Ini sangat selari dengan penemuan kajian di Harvard University yang memakan masa 70 tahun mendapati orang yang lebih hidup lama didapati mempunyai hubungan yang baik (meaningful relationship) dengan orang terdekat mereka seperti keluarga dan kawan-kawan.

Lonely kills! Inilah antara yang disebut oleh penyelidik di USA berkenaan ini.

Sebab itu, untuk kekal sihat, panjang usia, amalkan lah pemakanan sihat, bersenamlah untuk kekal cergas dan ceria serta jagalah hubungan baik dengan orang terdekat. Jika anda berpasangan, jagalah pasangan anda. Peliharalah hubungan baik ini agar sentiasa harmoni.

Tiada satu pun kajian menyebut tentang jamu mahupun supplimen. Malah jauh sekali menyebut tentang pantang semasa selepas bersalin di kalangan wanitanya. Yang lebih penting amalan pantang kita seumur hidup. Saya yakin wanita Melayu kita yang sihat ke hujung usia, bukan disebabkan amalan berpantang 44 hari, tetapi kerana amalan mereka sepanjang hayat mereka. Itulah yang perlu dicontohi.

I am embracing my 40-ish years with so much pride and courage. Tak kisah kalau saya berkedut atau menggeleber di mana-mana asalkan saya kekal aktif dan sihat tanpa penyakit. Supaya saya dapat kekal beribadah dan menyumbang sesuatu kepada keluarga tersayang dan masyarakat seluruhnya.

Begitulah yang terbaik, kan?

😘

Ulang siar entri Ini Rahsia Kenapa Orang Jepun Panjang Usia. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Ini Rahsia Kenapa Orang Jepun Panjang Usia. 4.5 5 Unknown Thursday, August 29, 2019 Ini Rahsia Kenapa Orang Jepun Panjang Usia. Oleh : Sakinah Sulong Nak tahu apa rahsia orang Jepun mempunyai jangka hayat lebih lama be...


No comments:

Post a Comment