Terbukti Vape Bahaya..
Oleh : Suhazeli Abdullah
TERBUKTI VAPE BAHAYA
Makin terdedah satu persatu melalui kajian bahawa vape adalah bahaya. Terkini, kajian mengesahkan vape mengandungi logam bahaya seperti plumbum dan arsenik.[1]
Penjual vape yang sebelum ini pertahankan vape kerana boleh membantu perokok tegar supaya berhenti merokok. Tetapi sebenarnya mereka terdedah kepada satu risiko penyakit yang baharu bak kata pepatah, keluar mulut rimau masuk mulut buaya.
Apa yang paling selamat bagi perokok untuk berhenti merokok? Berhenti terus dengan hati tulus tanpa apa-apa gantian nikotin! Ramai yang sudah berjaya.
Oleh itu jangan pertikai apa yang sudah dilakukan oleh pihak berwajib bagi terus mengekang gejala vape berleluasa. Saya setuju tindakan lebih tegas diberikan kepada mereka yang terlibat dengan vape ini. Walaupun saranan ini agak keterlaluan, tetapi kita tidak mahu peristiwa yang sama terhadap pengharaman rokok. Di mana, pengharaman dan tindakan undang-undang berkaitan rokok agak terlewat. Sudah ramai manusia yang terlibat dalam industri dan ketagihan rokok. Sehinggakan agak sukar bagi pihak berkuasa untuk terus berdiplomasi dalam isu penguatkuasaan akta kawalan tembakau.[2]
Isu vape ini, pihak berwajib seperti majlis fatwa sudah membuat kenyataan awal bahawa vape adalah haram. Walaupun tiada kajian konkrit pada masa fatwa dikeluarkan, cuma kajian selanjar secara kecil. Tetapi para mufti yang bersidang dan membuat keputusan berfikiran jauh ke depan. Mereka seolah-olah sudah boleh melihat bahana yang melanda masyarakat jika vape ini tidak diharamkan segera.[3] Sekarang, satu persatu keburukan vape terdedah. Lebih baik kita menutup pintu kerosakan ini dari awal sebelum punahnya masyarakat apabila pintu kerosakan terbuka luas. Jika kemusnahan sudah melata, kita hanya mampu menggigit jari!
Mari kita hadamkan perundangan yang sedia ada:
Di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, sebarang persediaan yang mengandungi Nikotin perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Pengilangan, pemilikan dan penjualan produk yang tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 30(1) peraturan yang sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.
Kesemua kes akan disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Racun 1952 dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) Akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM 3,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.

Adalah diingatkan di bawah Peraturan 13, PPKHT 2004 Orang Belum Dewasa adalah dilarang merokok, mengunyah, membeli atau mempunyai dalam milikannya apa-apa hasil tembakau, sama ada untuk kegunaan sendiri atau tidak. Orang Belum Dewasa yang didapati melakukan kesalahan ini boleh dirampas apa-apa hasil tembakau termasuk cecair rokok elektronik di dalam milikan mereka, dan akan menerima notis kesalahan serta boleh didenda tidak melebihi RM1,000.
Pihak KKM menasihatkan pengilang, pengedar / penjual untuk menghentikan serta merta sebarang aktiviti pengilangan, pengedaran dan penjualan sebarang persediaan termasuk cecair rokok elektronik yang mengandungi Nikotin. Orang ramai juga dinasihatkan bahawa sebarang bentuk tabiat merokok sama ada menggunakan rokok konvensional atau rokok elektronik adalah membahayakan kesihatan.
Sekian
Pautan
[1] Vape mengandungi Plumbum dan Arsenik. https://ift.tt/323t6D8
[2] Rampasan Rokok Elektronik. https://ift.tt/2HwQiBU
[3] Muzakarah putuskan Vape Haram. https://ift.tt/324UFMe

Ulang siar entri Terbukti Vape Bahaya.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment