Kaitan Perilaku Keganasan Akibat Menagih Ganja.

 On Friday, November 2, 2018  

Kaitan Perilaku Keganasan Akibat Menagih Ganja.

Kaitan Perilaku Keganasan Akibat Menagih Ganja.

Oleh : Euforia Is

Menguis Bukti Perilaku Keganasan Akibat Ganja

17 Oktober yang lalu sudah heboh sebuah cerita kejadian dimana seorang pelajar dari luar negara yang telah melanggar mati seorang wanita yang sedang melintas jalan dengan kereta yang dinaikinya? Melanggar sehingga mati! Kejamnya! Kenapa sampai begitu?

Pelajar wanita tersebut dilanggar dan meninggal di tempat kejadian. Kemudian pada 19 Oktober 2018, pesalah telah berjaya ditangkap polis dan investigasi kes telah dilakukan.


Antaranya ujian pengesanan dadah dilakukan dan tertuduh didapati positif 11-Nor-Delta-9-Tetrahydrocannabiol-9-Carboxylic Acid - iaitu bahan metabolite yang terhasil dalam badan setelah mengambil GANJA!

Maka golongan pro ganja ini pun mula mengeluarkan hujah-hujah mereka. Salah seorang daripada mereka ada menanyakan, adakah ada bukti kajian, kajian saintifik ataupun journal journal yang menunjukkan bahawa ganja ini adalah punca kepada keganasan dan salah perilaku?


Maka sebelum itu lebih baik saya simpulkan bahawa ujian saringan untuk pengesanan dadah dalam badan itu, telah dilakukan oleh pihak berkuasa iaitu pihak polis, pihak perubatan dan pihak forensik bagi pengumpulan bukti bukti kes yang sedang disiasat, juga bagi pensabitan kes dan juga bukti bukti kepada tertuduh(OKT).

Maka 17 Oktober dimana tertuduh telah ditangkap dan ujian serta merta dilakukan. Ada yang mengeluarkan soalan keraguan dimana ujian pengesanan dadah yang dilakukan berkemungkinan tidak konklusif dimana metabolite ganja tersebut telah disekresi dan dinyahkan daripada badan lebih awal daripada tempoh satu hari.

Senang kata, mereka nafikan ada kandungan atau ada pengambilan ganja yang dilakukan, kerana kandungan ganja tu sekejap sahaja di dalam badan, tak sampai sehari pun. Apatah lagi menyebabkan salah perilaku, keganasan dan kes kes seperti melibatkan kehilangan nyawa ini.

Kajian telah dilakukan dan membuktikan kadar kediaman masa (Mean Residence Time) elemen THCCOOH adalah selama 5.7 hari, dan koorelasi dengan tempoh masa seseorang subjek boleh dikesan mengandungi air kencing yang mengandungi kepekatan THCCOOH adalah selama 20.8 hari. (1)



Paras THC dalam badan juga boleh berada di dalam badan untuk jangkamasa yang lama. Bagi pengguna yang tidak/jarang menggunakan bahan ini, bahan ini boleh kekal sehingga 1.3 hari manakala bagi pengguna sedia ada/tegar, bahan ini boleh kekal di dalam badan sehingga 5 ke 13 hari.

Kajian klinikal yang telah dilakukan kepada 52 sukarelawan menunjukkan THC-COOH ini boleh dikesan di dalam sampel serum yang di ambil daripada sukarelawan ini dari 3.5 jam hingga 74.3 jam (3 hari).(2)




Kajian yang menggunakan regresi logistik meter mendedahkan bahawa perbandingan antara bukan-pengguna ganja, yang ada pendedahan kepada ganja adalah dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi seterusnya menyebabkan kepada perlakuan ganas, seperti yang telah di rekodkan dalam kajian yang telah dilakukan.(3)

Analisis daripada kajian menunjukkan hubungan dua hala antara penggunaan ganja dan keganasan, di mana method kajian yang dilakukan merekodkan jumlah kadar rekod jenayah subjek dan rekod yang diberitahu sendiri daripada subjek kajian. (3)

Dengan ini, keputusan kajian ini memberikan tanda yang kukuh bahawa penggunaan ganja seterusnya boleh menyebabkan perilaku keganasan. Selain itu juga kajian ada mencadangkan kesan penyebab yang mungkin, dan memberikan bukti empirikal yang boleh memberikan implikasi akibat penggunaan ganja. (3)

Masih lagi boleh bertenang? 


Okey tambah sikit lagi rujukan, bawa bertenang ye.

Kajian juga mendapati bahawa mereka yang menghidapi satu episod pertama psikosis telah menggunakan ganja yang mempunyai potensi yang lebih tinggi, dengan kekerapan lebih tinggi, berbanding kumpulan kawalan dan adalah konsisten dengan hipotesis bahawa Delta 9-THC adalah bahan aktif yang meningkatkan risiko psikosis.(4)


Ini mempunyai implikasi yang penting kepada kesihatan awam, dimana sekiranya penggunaan ganja berpotensi tinggi diberikan, sekaligus akan meningkatkan risiko psikosis.(4).

Psikosis merupakan gangguan mental yang menyebabkan ketidakmampuan seseorang menilai realiti dengan fantasi dirinya. Hasilnya, terdapat satu realiti baru versi orang psikosis tersebut. (5).

Apabila kejadian seperti ini berlaku, perihal kajian saintifik, bukti dan journal journal semua diminta bagi menyokong kesasihan adakah adanya berlaku keburukan atau kejadian tidak di ingini akibat perilaku penggunaan ganja.

Maka perlukah kejadian sama sebegini berlaku berulang kali lagi, baru hendak dinyatakan bahawa penggunaan bahan terlarang ini menyebabkan implikasi yang nyata negatif dan bagi kes ini, menyebabkan kehilangan nyawa?



Maka kata kata dari saya mengenai perilaku penggunaan ganja ini ditangguhkan sehingga ke post yang lain. Bila mana sudah mula menguis daun ganja ini, maka tahi tahinya bakal berguguran lebat menghujani bumi.

Sumber :


1.https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/21469505/

2.https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3570572/

3.https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/26961342

4.https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19949195

5.https://en.m.wikipedia.org/wiki/Psychosis

Ulang siar entri Kaitan Perilaku Keganasan Akibat Menagih Ganja. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kaitan Perilaku Keganasan Akibat Menagih Ganja. 4.5 5 Unknown Friday, November 2, 2018 Kaitan Perilaku Keganasan Akibat Menagih Ganja. Oleh : Euforia Is Menguis Bukti Perilaku Keganasan Akibat Ganja 17 Oktober yang lal...


No comments:

Post a Comment