Bomba Pun Tak Bising Selamatkan Pendaki 'Berat', Netizens Yang Kecoh Lebih!

 On Monday, April 22, 2019  

Bomba Pun Tak Bising Selamatkan Pendaki 'Berat', Netizens Yang Kecoh Lebih!

Bomba Pun Tak Bising Selamatkan Pendaki 'Berat', Netizens Yang Kecoh Lebih!

Semalam Harian Metro melaporkan seorang pendaki wanita terpaksa diusung secara bergilir-gilir oleh 16 anggota bomba selepas mengalami serangan asma serta kejang kedua-dua belah kaki ketika melakukan aktiviti ‘jungle trekking’ di Hutan Simpan Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya.


Oleh kerana mangsa dianggarkan seberat 137 kilogram, pasukan menyelamat terpaksa beberapa kali berhenti rehat sebelum membawanya keluar dari kawasan berkenaan bagi menerima rawatan di hospital selepas lebih empat jam mengusung mangsa.

Komander Operasi, Rosdi Hainan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.14 petang memaklumkan seorang wanita diserang asma serta tidak dapat bergerak akibat kejang kedua-dua belah kaki.

Beliau berkata, susulan itu, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dihantar ke lokasi bagi memberi bantuan sebelum sembilan anggota termasuk seorang pegawai dari BBP Sungai Buloh hadir bagi membantu membawa mangsa keluar.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba bersama tiga pegawai Jabatan Hutan menemui mangsa bersama dua rakannya kira-kira lebih dua kilometer dari kawasan laluan utama.

“Ketika ditemui mangsa yang mengalami serangan asma diberi rawatan awal dan berikutan mangsa tidak boleh berjalan kerana kedua-dua kakinya kejang, pasukan bomba terpaksa mengusungnya keluar,” katanya ketika dihubungi.

Rosdi berkata, oleh kerana jarak untuk ke laluan utama sejauh lebih dua kilometer dan berat mangsa dianggarkan 137kg, semua 16 anggota serta pegawai bomba yang terbabit operasi itu terpaksa bergilir-gilir mengusung mangsa.

“Kami berhenti rehat beberapa kali berikutan keadaan trek berbukit membuatkan usaha membawa keluar agak sukar dan memenatkan.

“Mangsa hanya berjaya dibawa keluar dari kawasan itu sekitar 7.40 malam tadi dan kemudian diserahkan kepada pasukan paramedik Hospital Sungai Buloh yang sudah menunggu di jalan utama bagi mendapatkan rawatan susulan di hospital berkenaan,”
katanya lagi, memetik laporan itu.


Apa yang mendukacitakan, laporan itu menyebabkan netizens mengecam mangsa semahu-mahunya dengan menghina berat badan mangsa.

Mereka bukan sahaja mengutuk fizikal mangsa, bahkan tiada perasaan simpati dengan mengatakan mangsa menyusahkan bomba. 


Salah seorang pendaki tegar yang dikenali sebagai Zairi Zainal tampil membidas tindakan netizens yang sewenang-wenangnya menghina fizikal seseorang. 


Berikut kenyataannya;


Oleh : ‎Zairi Zainal

Assalamualaikum.

Saya mewakili barisan admin H.A.R.A.M mengutuk sekeras-kerasnya spesis penghina fizikal orang ini. Untuk pengetahuan semua, meh saya bagi point.

1) Semasa kejadian tersebut berlaku bukanlah disebabkan oleh penyakit asma. Boleh rujuk gambar di bawah, beliau DAH SAMPAI pun puncak Denai 3 Puteri tu. So maknanya beliau ada tenaga untuk berjalan. Beliau kekejangan kedua belah kaki dan memang tak mampu nak bangun ketika nak turun.

2) Untuk pengetahuan semua, Denai Tiga Puteri adalah antara bukit paling landai untuk didaki di kawasan Selangor/KL. Bukan jenis naik mencanak terus.

3) Anggota bomba memang kerja diorang menyelamat sebab tu nama diorang JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA. Tapi anggota bomba ni terlatih kot. Diorang bukan takde basic bab medic ni. Anggota bomba akan check dulu mangsa sebelum buat apa-apa tindakan. So kalau rasa akak tu menipu, takde maknanya anggota bomba nak angkat. Korang fikir anggota bomba ni bodoh ke apa? Anggota bomba pun tak bising dan mengeluh kena angkat atau selamatkan nyawa orang, korang pula nk bising.. Apahal?

4) Pernah dengar ayat

"Allah takkan membebani (uji) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala KEBAJIKAN yang diusahakannya DAN ia juga menanggung DOSA kejahatan yang dilakukannya"

Al-Baqarah ayat : 286

So nampak tak related ayat tu dengan Bomba, mangsa dan kaki hina fizikal orang ni? Ke pura-pura tak nampak?

5) Bab kecemasan ni tak kiralah anda gemok, kurus, tinggi, pendek, melintang patah membujur lalu sekali pun, kalau benda tu nak jadi tetap jadi. Kun Fa Ya Kun.. Lagipun korang rasa akak tu tau teknik nak KREM kan kaki sendiri semata-mata nak suruh bomba angkat? Pehh..

6) Komen "Dah tau badan camtu kenapa hiking"? Kamon bro. Tak pakai akal ke waktu menaip tu. Tak selidik dulu ke. Akak tu bukan first time hiking. Dan bukit tu antara terlandai. Lagipun hiking ni antara best therapy kot. Hirup udara segar dalam hutan. Korang tanya laa mana-mana pendaki, jarang sangat la diorang try hiking satu bukit terus stop. Kebanyakkan akan cakap "Rindu bau hutan" walaupun dia pernah cakap "ni last gunung aku naik".

7) Komen "Menyusahkan orang".. Jangan main-main dengan komen macam ini. Sometimes orang yang korang kutuk, maki atau hina ni la satu hari nanti Allah nak tunjuk, diorang tolong kau balik tanpa sengaja.

8.) Kenapa saya agak emosi dalam hal ini? Satu sebab akak ni pendaki dan cuba tenung wajah akak yang berumur hampir separuh abad ni. Atleast kalau taknak hormat, ada la sikit rasa simpati abang dan akak oi. Kalau sesama manusia pun tak boleh hormat, elok kaki kecam + hina fizikal orang ni beli satu kotak besar pastu masuk ramai2 dan hanyutkan diri kat laut. Kalau boleh jauh-jauh sikit. 🤗🤗









9) Saya takkan tutup nama-nama kaki komen ni. Saya tau akak tu mesti akan down kalau baca. But kami admin H.A.R.A.M terpanggil untuk berdiri di depan akak ni untuk isu ini. Kami tak la besar dan kuat mana. Tapi jangan main-main kalau turn kami pulak start kecam orang. Normally kaki kecam ni hati tisu, kalau terkena kat diri sendiri mau meroyan setiap hari.

10) Kalau ada nama kawan-kawan anda kat screenshot komen tu, jemputlah mereka bertandang kt sini. Kami mengalu-alukan komen mereka. Mungkin akak tu tak melawan sebab malu dan mungkin dia tgh tak sihat tapi kami sedia melayan anda dengan baik DAN baik-baik.. 😎

11) Saya doakan kaki kecam + hina fizikal orang ni, Allah beri hidayah pada mereka untuk berubah. Insyaallah. Kita jangan tiru perangai diorang ni dok hina orang.. Komen baik-baik je okay geng. Tunjukkan kita berbeza dari diorang.

12) Respect each other! Simple.

*Sila baca komen penghina tu satu persatu dan anda akan tau kenapa saya emosi bab ni. Tq

"Dari pendaki kepada kaki hina pendaki"! - 22 April 2019.

Ulang siar entri Bomba Pun Tak Bising Selamatkan Pendaki 'Berat', Netizens Yang Kecoh Lebih! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Bomba Pun Tak Bising Selamatkan Pendaki 'Berat', Netizens Yang Kecoh Lebih! 4.5 5 Unknown Monday, April 22, 2019 Bomba Pun Tak Bising Selamatkan Pendaki 'Berat', Netizens Yang Kecoh Lebih! Semalam Harian Metro melaporkan seorang pendaki w...


No comments:

Post a Comment